? ??????????????Kiss Me One Last Time? ????? ?? ???Rating: 4.4 (34 Ratings)??0 Grabs Today. 13550 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????This Side up? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1089 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Rainy BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, 2 September 2009

Mendengar muzik ketika belajar

RASA bosan ketika mengulang kaji merupakan satu keadaan yang sering dialami oleh murid. Keadaan menjadi lebih buruk jika topik yang hendak diulang kaji itu mempunyai jumlah muka surat yang banyak serta mengambil masa yang panjang untuk dibaca.Jika anda tergolong pada golongan yang pertama iaitu suka mendengar muzik ketika belajar, maka panduan berikut mampu menjadi amalan agar tidak menjejas penumpuan anda terhadap kerja yang dilakukan.
Kekuatan bunyi: Pastikan kekuatan bunyi berada di tahap yang minimum. Sebagai contoh jika lagu itu mempunyai lirik, pastikan ia tidak mudah didengar dengan jelas. Lirik yang jelas mengganggu penumpuan kerja. Adalah lebih baik jika dimainkan lagu-lagu instrumental (tanpa nyanyian) yang mempunyai irama perlahan tetapi ceria.

• Lokasi: Perkakasan perlu berada di lokasi yang agak jauh dari meja tulis. Jangan gunakan alat dengar di telinga (ear phone) untuk mendengar musik dari pemain MP3 ataupun telefon bimbit. Perkara ini perlu dielakkan kerana pendengaran yang terlalu kuat akan mengganggu minda kita untuk berfikir. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita.

• Jenis tugas: Muzik sesuai didendangkan ketika jenis tugas yang sedang dilaksanakan tidak melibatkan daya berfikir aras tinggi. Sebagai contoh elakkan daripada mendengar musik ketika anda sedang menghafal atau sedang berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran matematik. Adalah lebih sesuai jika muzik itu didengar ketika anda sedang membuat bacaan ringan, mencatat nota, melakar peta minda atau mana-mana tugasan yang tidak melibatkan penggunaan daya fikiran yang banyak.
Muzik = baca, tidur, makan, jalan-jalan, mengemas, memasak ( fleksibel sungguh kegunaannya)

"Assalamualaikum cikgu!"

“Assalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.

Antaranya:

Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.

Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.

Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.

Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.
p/s:terkenang bekas guru2 di SMK Pendang dan Sek.Keb Penghulu Jusoh.Terima kasih cikgu!

salam ramadhan