RASA bosan ketika mengulang kaji merupakan satu keadaan yang sering dialami oleh murid. Keadaan menjadi lebih buruk jika topik yang hendak diulang kaji itu mempunyai jumlah muka surat yang banyak serta mengambil masa yang panjang untuk dibaca.Jika anda tergolong pada golongan yang pertama iaitu suka mendengar muzik ketika belajar, maka panduan berikut mampu menjadi amalan agar tidak menjejas penumpuan anda terhadap kerja yang dilakukan.
• Kekuatan bunyi: Pastikan kekuatan bunyi berada di tahap yang minimum. Sebagai contoh jika lagu itu mempunyai lirik, pastikan ia tidak mudah didengar dengan jelas. Lirik yang jelas mengganggu penumpuan kerja. Adalah lebih baik jika dimainkan lagu-lagu instrumental (tanpa nyanyian) yang mempunyai irama perlahan tetapi ceria.
• Lokasi: Perkakasan perlu berada di lokasi yang agak jauh dari meja tulis. Jangan gunakan alat dengar di telinga (ear phone) untuk mendengar musik dari pemain MP3 ataupun telefon bimbit. Perkara ini perlu dielakkan kerana pendengaran yang terlalu kuat akan mengganggu minda kita untuk berfikir. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita.
• Jenis tugas: Muzik sesuai didendangkan ketika jenis tugas yang sedang dilaksanakan tidak melibatkan daya berfikir aras tinggi. Sebagai contoh elakkan daripada mendengar musik ketika anda sedang menghafal atau sedang berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran matematik. Adalah lebih sesuai jika muzik itu didengar ketika anda sedang membuat bacaan ringan, mencatat nota, melakar peta minda atau mana-mana tugasan yang tidak melibatkan penggunaan daya fikiran yang banyak.
Muzik = baca, tidur, makan, jalan-jalan, mengemas, memasak ( fleksibel sungguh kegunaannya)
0 comments:
Post a Comment